Tuesday, May 27, 2014

Kesan Dari Pengambilan Dadah Jenis Methamphetamine ( 10 Gambar )



Kalau cerita pasal dadah, sesiapa pun tahu kesan dan akibatnya. Malangnya masih ramai yang terjebak dalam pengambilan dadah. Bagi aku ini semuanya berpunca daripada diri sendiri. Gambar-gambar yang aku nak share ni adalah kesan dari pengambilan dadah jenis methamphetamine.



Rupa Ayam Yang Telah Dirosakkan Genetiknya ( 5 Gambar )



Kisah kali ini berkenaan dengan ayam yang telah dirosakkan genetiknya oleh puak yahudi, maka terhasil lah ayam yang dilahirkan tidak mempunyai bulu. Kajian ini dibuat di Jabatan Pertanian Rehovot Israel. Katanya hasil kajian mendapati ayam ini mempunyai kadar kalori dan lemak yang sangat rendah. Kesian diorang ni, susah-susah jer...



Gambar Rare Yang Jarang Kita Lihat



Bill Gates di tahan memandu tanpa lesen (1977).

The Beatles di  Abbey Road.

Seni Ukiran Crayon ( 8 Gambar )



Kalau dah jiwa seni tu, buat la apa saja pun, pasti ada hasil yang menarik. Bagi seorang artis Deim Chau, seni ukiran adalah mainan beliau dan kali ini beliau telah menghasilkan seni ukiran yang dibuat dari crayon. Memang cun habis !


Thursday, May 22, 2014

Kisah 3 Pilot



Kisah 3 Pilot yang ditangkap oleh suku kaum Kanibal, ketiga-tiga pilot yang takut tersebut memohon agar tak dibunuh. Maka ketua suku kaum itu pun berkata, "Kalau kamu semua nak hidup, kamu kena masuk hutan dan bawa 10 biji buah yang sama jenisnya. tetapi kamu hanya ada masa 3 jam saja!" Sebelum 3 jam, pilot yang 1 akhirnya datang membawa 10 biji epal.

Ketua Suku: "Ok, kamu dah bawa 10 biji epal. Sekarang masukkan semua epal tu ke dalam lubang dubur kamu satu persatu. Kalau kamu merintih atau bersuara, kamu akan saya potong kepala!" Dengan penuh perjuangan & ketahanan akhirnya epal pertama dapat dimasukkan. Tapi untuk epal yang ke-2 dia tak dapat menahan sakit & terus menjerit. Dengan kejam ketua suku tadi terus memenggal kepala si pilot. Maka naiklah pilot tadi ke syurga.

Pilot ke-2 pula datang bawa 10 biji anggur. Dan ketua suku tadi terus bagi arahan yang sama. 1 anggur masuk, 2 anggur, 3 anggur, tapi pada saat dia nak masukkan anggur yang ke 10, ketua suku tadi tiba2 memotong kepala pilot ke-2. Naik la pilot ke-2 tadi ke syurga & berjumpa dengan pilot-1 tadi.

Pilot2: Wah, kau pun mati juga? Pilot1 : Ye la, aku bawa epal. tak tahan sakit! Sial betul ketua suku tu, syaratnya susah sangat! Habis kau bawa buah apa? Pilot2 : Anggur Pilot1: Anggur?? Tu kan senang! Kecik je, tak sakit pon! Pilot2: Memang betul. Semua anggur aku hampir masuk ke dalam lubang dah.. Tapi tiba2 aku ketawa & habis semua anggur yang aku masuk tadi keluar balik. Pilot1: Bodoh kau! Kenapa ketawa? Pilot2: Habis, masa aku nak masukkan anggur yg ke 10, aku nampak pilot ke-3 bawa durian...giler ko..durian!!!.. HAHAHA.






Pesawat Terhempas Ketika Membuat Aksi Ngeri ( 10 Gambar )



Kemalangan ketika membuat pertunjukkan udara memang sering berlaku. Kali ini malang menimpa bagi seorang juruterbang dan penunjuk aksi ngeri iaitu Wing Walker apabila terbunuh serta merta selepas pesawat ringan yang mereka naiki terhempas. Kesian....



Pokok Strawberi Dan Raspberry Liar ( 14 Gambar )



Rasanya kalau kita bercuti ke Cameron Highlands tak sah kalau tak beli buah strawberi kan? Walaupun dah tahu buah ni masam, tapi disebabkan bentuk buah ni comel dan menarik, beli jugak la. Aku tak ada lah suka sangat buah ni, dah jemu makan masa aku tinggal di Australia dulu.

Ok untuk post kali ini, saja aku nak share gambar buah strawberi dan raspberry yang bukan ditanam untuk tujuan komersial, tetapi tumbuh secara semulajadi di pinggir hutan. Biasanya di negara beriklim sejuk la. Bentuk buah ini lebih kecil dan rasanya 10kali lebih masam dari yang ditanam untuk tujuan komersial. Buah raspberry pun lebih kurang jugak la ceritanya dengan strawberi. Jom layan gambar dulu.


Wednesday, May 21, 2014

Kehidupan Sebenar Di Korea Utara ( 18 Gambar )



Seorang jurugambar amatur Eric Leong Lafforgue yang telah disenarai hitam di Korea Utara berjaya merakamkan detik-detik kehidupan sebenar di sana. Beliau telah berkelana sebanyak 6 kali bagi mendapatkan suasana sebenar kehidupan di sana di mana ramai penduduk di dunia tidak mengetahuinya. Beliau juga mengalami detik hitam apabila aktiviti beliau telah berjaya dihidu oleh pihak tentara Korea Utara dan nasib menyebelahi beliau apabila berjaya membawa keluar memori kad yang mengandungi gambar-gambar yang beliau rakamkan.

Antara perkara - perkara yang beliau pelajari semasa di Korea Utara adalah orang luar di larang sama sekali mengambil gambar rakyat Korea Utara termasuklah gambar tentera mereka. Selain daripada itu, beliau mendapati, hampir separuh dari penduduk adalah tentera dan bagi penduduk tempatan yang ingin melawat dari bandar ke bandar yang lain perlu memohon pas tertentu. Seksa gile macam ni...Ok jom kita layan dulu gambar - gambar di Korea Utara.





Tuesday, May 20, 2014

Haiwan Peliharaan Yang Comel ( 17 Gambar )



Entah kenapa tetiba lak aku teringat kat kucing-kucing aku yg telah meninggalkan aku, Sedih pulak rasanya, yelah dari kecik aku bela kucing. Ok apa kata kita layan gambar - gambar menarik haiwan peliharaan yang comel-comel ni..



Seni Menggunakan Pencungkil Gigi ( 9 Gambar )



Seorang artis Bob Morehead menggunakan kebolehan beliau dalam menghasilkan bangunan - bangunan kecil yang dibuat dari pencungkil gigi. Beliau menggambil masa bertahun berlatih menggunakan berpuluh ribu pencungkil untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Jom kita tengok hasil tangan beliau.



Kerjaya Selebriti Hollywood Sebelum Berlakon ( 8 Gambar )



Aku percaya mereka meninggalkan kerjaya mereka sebagai jurutera untuk beralih ke bidang lakonan adalah disebabkan minat yang mendalam dalam dunia selebriti. Bukan saja artis, malah dikalangan kita pun ada yang berbuat demikian termasuklah aku sendiri. Bagi pendapat aku, membuat sesuatu perkara yang kita minat adalah lebih baik dari melakukan sesuatu perkara yang dibuat secara paksa. Pilihan ada di tangan kita sama ada kita nak bermula ataupun kita biarkan saja minat kita itu terkubur.


Scott Adams – creator of Dilbert (Software/telecommunications engineer )

Herbie Hancock – Jazz Musician ( Electrical engineer )


Projek DIY Yang Menarik



Kebanyakkan barang -barang terpakai sebenarnya ada gunanya kalau kita kreatif. Daripada kita buang, baik kita buat sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada kita. Untuk post hari ni, aku nak share idea-idea kreatif yang aku cedok orang punya. Kalau korang ada kelapangan, bolehlah try.


Sunday, May 18, 2014

Gambar Termahal Di Dunia



Untuk post hari ini aku nak share dengan korang gambar-gambar yang aku kira biasa-biasa saja, tetapi dijual dengan harga yang tidak masuk akal. Tang mana boleh jadi mahal tu aku tak tahu.


99 Cent II Diptychon (2001) – $3,346,456


Billy the Kid (1880) Tintype Portrait – $2,300,000

Teman Sejati ( 11 Gambar )



Secara fitrahnya kalau kita tengok ketiga-tiga haiwan ini adalah bermusuhan antara satu sama lain, tetapi gambar ini menunjukkan sebaliknya berlaku apabila hubungan mereka sangat rapat. Mereka telah membesar bersama sejak dari kecil lagi dan mungkin sehinggan keakhir hayat.



Fakta Mengenai Negara Brazil



Menjelang piala dunia 2014 di Brazil ni, jom kita tengok fakta-fakta menarik mengenai Negara Brazil.



Epic Fails



Ni lah kesannya kalau buat sesuatu tak fikir panjang.



Rumah Pelik ( 12 Gambar )



Pelik, ada ke orang nak tinggal rumah ni? Dah la jauh dari penempatan orang. Bagi aku kalau sekali sekala duduk kat rumah macam ni ok jugak, tapi kalau sepanjang masa, tak sanggup aku...Jom kita layan gambar dulu..



Friday, May 16, 2014

Perlumbaan Kereta Antara Anjing Dan Manusia




Hadiah Hari Ibu



Kesian tengok budak ni, ingat nak bagi hadiah, tapi sebaliknya yang berlaku. Layan...

Thursday, May 15, 2014

Cara Orang Dulu - Dulu Bergambar ( 9 Gambar )



Lama jugak aku perhatikan gambar-gambar ni, serious memang aku pelik sangat-sangat dan aku hanya terfikir yang mungkin ini adalah trend zaman dulu-dulu bergambar kot. Korang tengok lah sendiri.



Epic Construction Fails ( 12 Gambar )



Sebagai bekas jurutera, bila aku tengok construction dalam gambar ni, aku jamin  officer yang ditugaskan untuk monitor projek ni curi tulang ataupun dia hilang akal time projek tu dibuat. Giler...terang-terang nampak kesilapan tu....



Wednesday, May 14, 2014

Apabila Para Ibu Berselfie



Sejujurnya sepanjang hayat aku ni, aku tak pernah berselfie, sebab aku ni memang jenis tidak suka bergambar. Ok, tiada penerangan detail berkenaan post ni, tengok lah gelagat geng emak-emak muda berselfie...


Keindahan Bosnia And Herzegovina



Semalam aku dapat email dari member aku dari Banja Luka, macam-macam beliau cerita, yelah dah lama tak berhubung. Tak tahu la bila aku dapat jumpa member aku ni, dalam masa yang sama sempat jugak aku minta gambar-gambar menarik kat sana. Dapat la sikit gambar, cuma beliau cakap gambar ni bukan dari simpanan peribadi beliau, dia mintak kat uncle google. Aku pulak lupa nak mintak link. Apa pun jom kita layan gambar dulu. Thank you my dear friend Ljubica..



Rumah Atas Pokok



Aku rasa ini post yang ke-3 aku berkenaan dengan rumah atas pokok. Nak buat macamana memang aku minat rumah-rumah macam ni. Ok berkenaan dengan post ini, rumah atas pokok ni adalah milik pasangan dari Colorado iaitu Erica dan Matt, di mana mereka membina rumah ini di hutan Costa Rica. Rasanya mereka ni adalah pencinta alam semulajadi kot, sebab salah satu tujuan mereka membina rumah ini adalah untuk menghalang kerajaan Costa Rica menebang hutan untuk tujuan pembangunan.



Kemalangan Kereta Zaman 30an



Tak pernah terfikir pulak aku bagaimana rupanya kereta dulu-dulu kemalangan, yang pasti sama jela dengan kereta zaman sekarang, kereta remuk teruk dan ada yang melibatkan kematian.

Untuk post aku hari ini, aku nak share gambar-gambar kemalangan kereta ketika tahun 30an. Apa yang mengejutkan aku ialah rupa-rupanya pada zaman tersebut kelajuan yang ditetapkan ialah tidak melebihi 70km/j. Kelajuan kereta sekarang macaman pulak??



Rumah Dalam Hutan Yang Awesome



Kenapa ada orang yang ingin tinggal di hutan sedangkan di hutan tiada kemudahan yang cukup untuk menjalani kehidupan seharian? Bagi aku ianya bergantung kepada kemampuan seseorang itu sendiri. Kalau mereka rasa selesa dan seronok tinggal di hutan,itu dah menjadi pilihan mereka. Nak buat macamana.....


Tuesday, May 13, 2014

Cara Memasak Nasi Arab Yang Awesome



Betul ke cara masak nasi arab macamni? Nampak macam pelik je kan? Tapi tak hairan la orang arab ni kalau memasak mesti dalam kuantiti yang banyak. Jom layan gambar dulu.





Gambar Menarik Tanpa Photoshop



Kreatif bila bergambar? Betul ke? Untuk post hari ini, aku nak share berkenaan dengan gambar yang diambil menghasilkan sudut dan pandangan yang berbeza, dan yang pastinya bukan diedit.