Thursday, May 1, 2014

Rahsia A113 Disebalik Filem Animasi Disney Dan Pixar



Aku rasa ramai dikalangan kita dah tonton filem animasi rekaan Disney dan Pixar ni, baik yang dewasa mahupun kanak-kanak. Persoalan yang bermain diminda aku ni, sejak akhir-akhir ni ramai yang mencari perkara-perkara yang disembunyikan oleh pengiat filem terkenal di Hollywood. Kalau tak salah aku, masa kes MH370 pun ada jugak dikaitkan dengan filem Man Of Steel. Secara kebetulan atau dirancang, aku pun tak tahu.

Berbalik kepada filem animasi Disney dan Pixar ni, kebanyakkan filem mereka banyak meletakkan simbol "A113". Aku sangat percaya yang ramai tak perasan tentang simbol ni, termasuk aku. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan A113 dalam filem mereka? Sebenarnya ianya hanyalah merujuk kepada nombor kelas tahun pertama di mana pereka-pereka animasi ini belajar rekabentuk dan watak animasi sebelum mereka bekerja dengan Disney dan Pixar ( rujuk gambar terakhir ). Dengan meletakkan 'trademark' A113 di dalam filem mereka, ini membuktikan bahawa ramai dikalangan mereka adalah 'produk' dari California Institute of Art. Itulah rahsianya, sekian.














Khas untuk sesiapa yang ada masalah duit time nak servis kereta, masuk sini

credit to : http://www.viralnova.com/disney-a113-secret/

No comments:

Post a Comment