Sunday, April 20, 2014
Panduan Untuk Menjadi Insan Luar Biasa
Harini aku nak share sikit panduan yang aku rasa semua orang boleh buat dan nak buat....Sekali sekala kita belajar perkara baru apa salahnya kan? info ni sebenarnya aku cedok kat fb. Ok jom kita tengok apa yang aku nak sharekan ni.
Apakah dia Afirmasi (affirmation)?
Afirmasi ialah pernyataan positif yang diulang-ulang
semasa anda berada pada tahap Alpha meditasi. Afirmasi
selalunya dibuat seolah-olah gambaran itu sedang berlaku
(present tense). Semasa dilakukan pada tahap alpha,
afirmasi adalah beratus kali lebih berkesan, berbanding
jika dilakukan pada tahap Beta.
Kenapa? Kerana semasa anda mencapai tahap Alpha, minda separa
sedar anda berhubung secara terus dengan minda sedar.
Apa-apa yang anda arahkan/inginkan, Minda Separa
Sedar cuma akan menuruti dan melaksanakannya.
Cth: - Saya semakin sihat dan sihat setiap hari dan saya bebas
dari penyakit migraine saya.
- Saya semakin slim dan semakin cantik setiap hari.
- Saya bebas dari stress dan menjadi pekerja yg hebat.
Perhatikan!
1- Afirmasi mesti dibuat dlm 'present tense' bukan 'past'
atau 'future tense'. Minda Separa Sedar tidak boleh
membezakan past/present atau future tense.
Contohnya jika
afirmasi anda 'saya mahu sembuh dari migraine', ini
difahami oleh minda separa sedar bahawa anda cuma
MAHU sembuh (keinginan anda sahaja) tetapi bukan sembuh dari penyakit tersebut. Afirmasi anda sepatutnya
'saya bebas dan sembuh sepenuhnya dari migraine pada
hari ini'.
2- Anda mesti percaya matlamat yg anda ingin capai
berada dalam jangkauan anda.
- Jika anda membuat afirmasi berulang kali tetapi anda
tidak yakin boleh mencapainya, ini akan merencat proses
afirmasi tersebut.
3- Afirmasi mesti dibuat dgn pernyataan positif.
- Jika anda ingin mengurangkan berat badan dan afirmasi
anda 'saya tidak gemuk', maka gambaran yang bermain
di fikiran anda pada ketika itu adalah negatif iaitu anda
dalam keadaan kegemukan. Sebaliknya tukarkan
pernyataan afirmasi anda kpd 'saya kurus dan sihat'.
Bezakan dua kesan dari pernyataan ini.
....................................................................
Dalam otak manusia, ada satu bahagian otak yang dipanggil Reticular Cortex (RC) yang sentiasa menyerap dan mengeluarkan frekuensi bersifat magnetik. Ini bermaksud, kita akan menarik apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan sesuatu yang positif, maka RC akan menghasilkan gelombang yang positif.
Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh RC ke alam semesta. Hasilnya, ia akan menarik semua perkara positif untuk mendekati kita. Ini akan mendekatkan dan memudahkan kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan Namun, jika gelombang negatif yang dilepaskan, maka perkara negatif jugalah yang akan tertarik kepada kita. Gelombang negatif mendatangkan banyak masalah, kegelisahan, dan kesukaran dalam
hidup kita.
credit to : https://www.facebook.com/pages/Kuasa-Minda-Law-of-Attraction-Hukum-Tarikan/171004086253222
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment