Korang mesti tak pernah dengar negara ni kan? Aku pertama kali dengar dan tahu pada tahun 2009 ketika menerima kunjungan pelawat dari negara ini. Negara ini bersempadan dengan negara Nepal. Aku difahamkan negara ini tidak menerima kunjungan pelancong dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa dan merokok adalah di tempat awam adalah dilarang sama sekali demi menjaga keindahan alam semulajadi.
Apa yang aku perasan, diorang ni muka macam orang tibet, mata sepet-sepet gitu, tetapi permakanan mereka banyak pengaruh dari negara India. Ada pulak diantara diorang ni yang aku nampak suka sangat kunyah sireh dan tembakau dan cukup tak tahan dengan suhu panas. Sedikit info, kalau korang nak melancong ke sini, tiada penerbangan terus ke Bhutan, korang kena naik flight di Bangkok dan restoran makanan halal sangat terhad di sana. Dah cukup setakat ini, jom kita layan gambar dulu.
credit to : http://www.kailashjourneys.com/blog/uncategorized/bhutan-lonely-planets-travel-top-10-countries-2012/#axzz2zx0CTs2e
No comments:
Post a Comment